BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Tuesday 11 June 2013

Proses Penyediaan Model - Pencetak Sedia Tauhu

Assalamualaikum....

 Entry kali ni membincangkan tentang kaedah menyediakan model bagi projek Asas Rekacipta. Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, saya nak memperkenalkan model yang telah disediakan iaitu Pencetak Sedia Tauhu


Haaaa... ni la model yang kami telah siapkan. Tujuan model ini dicipta adalah untuk memberi gambaran sebenar pencetak sedia tauhu. Tujuan pencetak ini dicipta adalah untuk membantu pengusaha - pengusaha IKS yang membuat tauhu.

Antara bahan - bahan yang digunakan untuk menyiapkan model ini ialah :

1. PVC board
2. Dowel
3.Kertas Aluminium
4. Anchor Paint Spray ( warna kuning )

Bahan Penyambungan yang digunakan untuk mencantum projek ini ialah :

1. Double Sided Tape
2. Jarum Peniti

Langkah - Langkah Kerja :

1. PVC board diukur mengikut saiz yang dikehendaki


2. PVC board dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian frame dan bahagian tengah ( yg dijadikan sebagai pisau )

3.Untuk bahagian tengah, setiap bilah yang telah dipotong, dicantum antara satu sama lain seperti membuat tanggam bagi kerja- kerja kayu


4. Untuk bahagian frame, PVC board diwarnakan dengan anchor paint spray


5. Untuk bahagian tengah, pvc board yang berfungsi seperti pisau ini dibungkus dengan kerta aluminium.






6. Setelah siap, setiap bahagian PVC board dicantumkan antara satu sama lain. Bahagian depan dicantumkan dowel dan bahagian belakang dicantumkan bilah - bilah yang telah dibungkus dengan kertas aluminium tadi



Alhamdulillah...selesai sudah proses menyediakan Pencetak Sedia Tauhu ni. Sini saya nak kongsi poster yang telah disiapkan oleh rakan sekumpulan saya



Thursday 23 May 2013

Harta Intelek

Assalamualaikum w.b.t....tahukah anda apa itu harta intelek?

Harta intelek bermaksud hasil ciptaan minda, rekacipta, karya sastera dan seni, simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan.

Menurut Wikipedia, harta intelek merupakan istilah yang merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran berlainan yang hak ekslusif diakui di bawah bidang undang- undang berkait. Di bawah undang - undang Harta intelektual, pemilik diberikan hak eksklusif tertentu bagi pelbagai aset tidak nyata seperti muzik, penulisan, dan karya seni, jumpaan dan ciptaan, dan perkataan, farsa, simbol dan rekabentuk

Jenis biasa hak harta intelektual termasuk:

1.paten
2. cap dagangan
3. hak cipta ( copyright )
4. Rekabentuk perindustrian
5. petunjuk geografi
6.  rahsia perdagangan 



Paten

Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta sama ada produk atau proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu atau penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Hak paten selalunya diberikan oleh kerajaan kepada seseorang pencipta atau pereka sesuatu ciptaan yang memberikan kepadanya hak sepenuhnya untuk membuat, mengguna dan menjual rekaan tersebut untuk satu tempoh masa yang tertentu. Di Malaysia, paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan. ( Sumber: Wikipedia)


Cap Dagangan

Cap dagangan ialah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakan daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain ( sumber: eproductdesign.com)

Contoh : KFC, maxis, kacang Ngan Yin dan sebagainya.



Rekabentuk Perindustrian

Bermaksud ciri - ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan terhadap sesuatu barang melalui apa - apa proses atau pun cara perindustrian yang mana ciri barang yang disiapkan adalah menarik di pandangan mata.

Hak Cipta

Hak eksklusif yang diberikan oleh undang - undang kepada pemilik karya seperti karya seni dan sastera, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah ditetapkan




Petunjuk Geografi


Petunjuk yang mengenal pasti dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi dan lain  lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal dikeluarkan. Contohnya seperti Kentucky Fried Chicken ( KFC ) berasal dari Kentucky, United States


Rahsia Perdagangan

Merupakan maklumat yang terlindung secara amnya tidak diketahui dikalangan atau yang tersedia ada kepada mereka yang selalunya berurusan. Ia mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut sebagai rahsia. Contohnya seperti resepi rahsia tepung goreng ayam KFC yang hanya diketahui oleh orang - orang tertentu sahaja.


Okay....sekian sahaja dari saya...jumpa next entry lak yer....

Antropometrik

Apa itu ANTROPOMETRIK?

Antropometrik ialah data - data yang terdiri daripada geometri manusia seperti  berat, ketinggian, kekuatan dan juga termasuk batasan tubuh manusia. Data ini biasanya disusun  dalam bentuk jadual untuk memudahkan kita memperoleh julat setiap dimensi dan kekuatan dengan sisihan piawai dan persentil piawai utama setiap set data. ( sumber : eproductdesign)


Melalui ukuran antropometrik ini, ukuran fizikal seseorang seperti berat, ketinggian dan sebagainya akan dapat diketahui. Contohnya seperti saiz badan lelaki berbangsa Arab lebih besar berbanding saiz badan lelaki Melayu di Malaysia.


Ukuran tubuh manusia berbeza mengikut :

i) Umur
ii) Jantina
iii) Bangsa atau kaum
iv) Kelompok pekerjaan










Jika ingin mereka bentuk satu produk, anda perlu mereka produk mengikut keselesaan pengguna. Contohnya seperti meletak tombol pintu pada ukuran tertentu supaya dapat dicapai oleh pengguna dengan selesa dan selamat. Jika pengguna boleh mencapai tombol pintu tesebut dalam keadaan selamat dan senang djangkau, jelaslah bahawa pengguna tersebut sesuai menggunakan tombol pintu ini.





Oleh itu, sesuatu ciptaan baru harus menekankan ciri ini. Selain ergonomik, antropometrik juga merupakan elemen penting dalam penciptaan sesuatu produk.

Sekian sahaja untuk kali ini....

Wednesday 10 April 2013

Apa itu 'MOCK-UP', 'MODEL' & 'PROTOTYPE'

Assalamualaikum......

Entri kali ini membincangkan tentang mock-up, model, dan prototype

Apa itu PROTOTYPE ?

Sebelum kita membincangkan apa itu prototype, meh kita belajar cara sebutannya dahulu... sebutannya mcm ni  - PRO - TO - TAIP....haaa...camtu la sebutannya...cuba skali lagi PRO - TO - TAIP. Okey prototype ni ialah satu hasil ciptaan yang menyerupai objek sebenar. Fungsinya tetap sama dengan objek yang sebenar. Cuma mungkin terdapat perbezaan  dari segi saiz.



MODEL

Model ialah satu objek yang dihasilkan sebagai contoh. Model direka mengikut rupa sebenar sesuatu objek tetapi ia tidak dapat berfungsi sepenuhnya seperti objek asal



MOCK - UP

Mock-up direka mengikut saiz objek sebenar. Mock -up dibina sebelum model atau prototype dibina. Ia juga dikenali sebagai model olok -olok. Warnanya mengikut warna asal bahan yang digunakan. Ia tidak menggunakan bahan sebenar. Contohnya seperti warna tanah liat ( clay ). Gambar - gambar dibawah merupakan mock - up yang telah disediakan oleh saya sendiri dengan menggunakan tanah liat ( clay ) dan paper clay 


Mock -up dari tanah liat ( clay )


Mock-up dari paper clay


Ok...itu sahaja dari saya...Bye...


Monday 18 March 2013

Prinsip Rekacipta

Assalamualaikum... jwb salam tu...xjawab dosa....

       
      Ehem ari ni nak jadi cikgu jap....nak citer sal prinsip2 yg perlu ada dlm rekacipta. Prinsip2 tersebut ialah :
                
                 1. Warna
                 2. Ergonomik

WARNA

WARNA ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang. Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak


WARNA ada 3 jenis iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier

 Warna Asas


Terdiri daripada warna biru, merah dan kuning


Warna Sekunder

Warna sekunder adalah gabungan 2 warna asas iaitu:

Merah + Kuning = Jingga

Kuning + Biru = Hijau

Biru Merah = Ungu

Warna Tertier

Warna tertier ialah gabungan warna asas dengan warna sekunder. Warna - warna tertier ialah :


ERGONOMIK

Ergonomik bermaksud keselesaan yang ada pada produk. Maksudnya produk yang kita gunakan tu memberi keselesaan kepada kita...contohnya seperti yg aku alami skrg ialah tempat membasuh kain di kolej aku....tmpt membasuh kain tu dibina separas dengan pinggang...memang selesa sgt2...sbb tu aku rajin basuh baju pakai tgn ( rajin ker??? )...klu kat rumah aku, xde tmpt basuh baju mcm ni....sbb tu aku mls nk basuh baju pkai tgn...sbb terpaksa duduk mencangkung!! ( sakit lutut derrrr )


Ni la tempatnye...nama tempat ni dipanggil sbg Laundry Sink

                                           

Rekabentuk Laundry Sink ni direka mengikut keselesaan pengguna.... so, sape2 yg basuh baju kat sni, xkan mengalami sakit belakang bila membasuh baju...hehehehe

Prinsip - prinsip Ergonomik

 Meh kita berkongsi tentang prinsip - prinsip ergonomik...Prinsip2 tersebut ialah :

1. Berkerja pada ketinggian yang betul

2. Mengurangkan kuasa berlebihan

3. Berkerja dalam postur yang baik

4. Mengurangkan pengulangan berlebihan


5. Mengurangkan keletihan

6. Meningkatkan organisasi kerja

7. Memastikan segala - galanya mudah tercapai


k la...itu sahaja penerangan dari saya, cikgu ieqa... Astalavista...bye..bye...

Friday 15 March 2013

Jalan - Jalan Cari IKS

Assalamualaikum......

Entry kali ni nak citer pengalaman aku ketika mencari pengusaha IKS. Well, bukan senang nak cari pengusaha IKS ni...walaupun dalam internet ada senarai sampai beribu - ribu, tapi nak cari pengusaha IKS ni xsemudah mencari maklumat dari internet... antara cabaran yang dihadapi ialah pengusaha xnak layan, kedua lak, sesat...ketiga, bila call pengusaha IKS tu dah xwat bisnes dah ( kesian )..

First time aku g cari, ari Isnin lepas...pegi dengan sia - sia...dahla xdpt pape, bwk balik surat cinta dari abg polis lak...aduuiiii...tp kena redha la...kesalahan sendiri...tp bkn aku kena saman okeh!!...org lain...tp dlm kete aku... ( still worry kot2 ade mslh gak nnti...rileks..okeh...rileks ).. ari kedua aku g skali lg...ari Rabu.. Alhamdulillah, dpt jgk input ari tu...tp still ade cabaran..IKS yg pertama, beralamat di Gelang Patah...so, aku drive la sampai Pekan Gelang Patah...cari punya cari xjumpa2...OMG... ape sudah jadi?? pastu kitaorg pun call la sorg brader ni ( pengusaha IKS )...rupa2nya kitaorg dah terlajak jauh.....mmg la alamat die kat Gelang Patah, tp bukan kat Gelang Patah...kat LIMA KEDAI jer...atas sikit dari skudai...ayoyo....wat hbs minyak kete I jer...sabo je la..tp Alhamdulillah, brader ni mmg baik...die bg kerjasama..tp tu pun xlame sbb brader tu nak g meniaga pasar malam...barder ni pengusaha soya dan tauhu... ni banner kat premis brader tu...




Brader tu citer serba sikit kaedah nak wat tauhu dan die bgtau ape mslh yg dihadapi.... Alhamdulillah, dpt 2 masalah... sebelum balik tu, aku ade bawak balik 'buah tangan'dari premis ni iaitu... Tadaaaaa!!! ni diaaa.....


Hampas soya!!...opppsss...mesti korang akan cakap, "watpe bwk balik benda ni? nak beri ayam makan ker?'...ohhh..no..no..no..of course tidak... jwpnnya, aku bwk balik benda ni nak wat mandi lulur...fuh..mmg gebu la kulit aku 2 3 ari....heheheeh...


IKS yg kedua aku gi kat Kulaijaya...kat taman Putri Kulai ( kalau xsilap aku la ).... Ni tmpatnya...


Alhamdulillah...pemilik premis ni baik orangnya...walau pun kitaorg main terjah jer, tp die layan we all dengan baik...laki die siap bg idea lg nk suruh kita wat ape..fuh berbaloi - baloi wpun kitaorg sesat nak cari premis ni....dalam senarai yang ambik dari internet, alamat lain...tp premis lain...rupa - rupanya akak ni baru jer bukak kedai ni...lebih kurang setahun la...so, akak ni tunjuk la cara - cara die sediakan curry puf kat ktaorg... ni serba sedikit langkah - langkah kerja yang akak tu buat








Ini sahaja post dari sy...kite berjumpa di postyg lain jgk....tata..titi..tutu...

Saturday 9 March 2013

Lakaran

Ini adalah hasil lakaran aku...sori gambar xberapa nak clear sbb snap pkai kamera....