BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Thursday 23 May 2013

Harta Intelek

Assalamualaikum w.b.t....tahukah anda apa itu harta intelek?

Harta intelek bermaksud hasil ciptaan minda, rekacipta, karya sastera dan seni, simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan.

Menurut Wikipedia, harta intelek merupakan istilah yang merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran berlainan yang hak ekslusif diakui di bawah bidang undang- undang berkait. Di bawah undang - undang Harta intelektual, pemilik diberikan hak eksklusif tertentu bagi pelbagai aset tidak nyata seperti muzik, penulisan, dan karya seni, jumpaan dan ciptaan, dan perkataan, farsa, simbol dan rekabentuk

Jenis biasa hak harta intelektual termasuk:

1.paten
2. cap dagangan
3. hak cipta ( copyright )
4. Rekabentuk perindustrian
5. petunjuk geografi
6.  rahsia perdagangan 



Paten

Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta sama ada produk atau proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu atau penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Hak paten selalunya diberikan oleh kerajaan kepada seseorang pencipta atau pereka sesuatu ciptaan yang memberikan kepadanya hak sepenuhnya untuk membuat, mengguna dan menjual rekaan tersebut untuk satu tempoh masa yang tertentu. Di Malaysia, paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan. ( Sumber: Wikipedia)


Cap Dagangan

Cap dagangan ialah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakan daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain ( sumber: eproductdesign.com)

Contoh : KFC, maxis, kacang Ngan Yin dan sebagainya.



Rekabentuk Perindustrian

Bermaksud ciri - ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan terhadap sesuatu barang melalui apa - apa proses atau pun cara perindustrian yang mana ciri barang yang disiapkan adalah menarik di pandangan mata.

Hak Cipta

Hak eksklusif yang diberikan oleh undang - undang kepada pemilik karya seperti karya seni dan sastera, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah ditetapkan




Petunjuk Geografi


Petunjuk yang mengenal pasti dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi dan lain  lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal dikeluarkan. Contohnya seperti Kentucky Fried Chicken ( KFC ) berasal dari Kentucky, United States


Rahsia Perdagangan

Merupakan maklumat yang terlindung secara amnya tidak diketahui dikalangan atau yang tersedia ada kepada mereka yang selalunya berurusan. Ia mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut sebagai rahsia. Contohnya seperti resepi rahsia tepung goreng ayam KFC yang hanya diketahui oleh orang - orang tertentu sahaja.


Okay....sekian sahaja dari saya...jumpa next entry lak yer....

0 comments: