BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Thursday, 23 May 2013

Antropometrik

Apa itu ANTROPOMETRIK?

Antropometrik ialah data - data yang terdiri daripada geometri manusia seperti  berat, ketinggian, kekuatan dan juga termasuk batasan tubuh manusia. Data ini biasanya disusun  dalam bentuk jadual untuk memudahkan kita memperoleh julat setiap dimensi dan kekuatan dengan sisihan piawai dan persentil piawai utama setiap set data. ( sumber : eproductdesign)


Melalui ukuran antropometrik ini, ukuran fizikal seseorang seperti berat, ketinggian dan sebagainya akan dapat diketahui. Contohnya seperti saiz badan lelaki berbangsa Arab lebih besar berbanding saiz badan lelaki Melayu di Malaysia.


Ukuran tubuh manusia berbeza mengikut :

i) Umur
ii) Jantina
iii) Bangsa atau kaum
iv) Kelompok pekerjaan










Jika ingin mereka bentuk satu produk, anda perlu mereka produk mengikut keselesaan pengguna. Contohnya seperti meletak tombol pintu pada ukuran tertentu supaya dapat dicapai oleh pengguna dengan selesa dan selamat. Jika pengguna boleh mencapai tombol pintu tesebut dalam keadaan selamat dan senang djangkau, jelaslah bahawa pengguna tersebut sesuai menggunakan tombol pintu ini.





Oleh itu, sesuatu ciptaan baru harus menekankan ciri ini. Selain ergonomik, antropometrik juga merupakan elemen penting dalam penciptaan sesuatu produk.

Sekian sahaja untuk kali ini....

0 comments: