Assalamualaikum......
Entri kali ini membincangkan tentang mock-up, model, dan prototype
Apa itu PROTOTYPE ?
Sebelum kita membincangkan apa itu prototype, meh kita belajar cara sebutannya dahulu... sebutannya mcm ni - PRO - TO - TAIP....haaa...camtu la sebutannya...cuba skali lagi PRO - TO - TAIP. Okey prototype ni ialah satu hasil ciptaan yang menyerupai objek sebenar. Fungsinya tetap sama dengan objek yang sebenar. Cuma mungkin terdapat perbezaan dari segi saiz.
MODEL
Model ialah satu objek yang dihasilkan sebagai contoh. Model direka mengikut rupa sebenar sesuatu objek tetapi ia tidak dapat berfungsi sepenuhnya seperti objek asal
MOCK - UP
Mock-up direka mengikut saiz objek sebenar. Mock -up dibina sebelum model atau prototype dibina. Ia juga dikenali sebagai model olok -olok. Warnanya mengikut warna asal bahan yang digunakan. Ia tidak menggunakan bahan sebenar. Contohnya seperti warna tanah liat ( clay ). Gambar - gambar dibawah merupakan mock - up yang telah disediakan oleh saya sendiri dengan menggunakan tanah liat ( clay ) dan paper clay
Mock -up dari tanah liat ( clay ) |
Mock-up dari paper clay |
Ok...itu sahaja dari saya...Bye...
0 comments:
Post a Comment