BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday 10 April 2013

Apa itu 'MOCK-UP', 'MODEL' & 'PROTOTYPE'

Assalamualaikum......

Entri kali ini membincangkan tentang mock-up, model, dan prototype

Apa itu PROTOTYPE ?

Sebelum kita membincangkan apa itu prototype, meh kita belajar cara sebutannya dahulu... sebutannya mcm ni  - PRO - TO - TAIP....haaa...camtu la sebutannya...cuba skali lagi PRO - TO - TAIP. Okey prototype ni ialah satu hasil ciptaan yang menyerupai objek sebenar. Fungsinya tetap sama dengan objek yang sebenar. Cuma mungkin terdapat perbezaan  dari segi saiz.



MODEL

Model ialah satu objek yang dihasilkan sebagai contoh. Model direka mengikut rupa sebenar sesuatu objek tetapi ia tidak dapat berfungsi sepenuhnya seperti objek asal



MOCK - UP

Mock-up direka mengikut saiz objek sebenar. Mock -up dibina sebelum model atau prototype dibina. Ia juga dikenali sebagai model olok -olok. Warnanya mengikut warna asal bahan yang digunakan. Ia tidak menggunakan bahan sebenar. Contohnya seperti warna tanah liat ( clay ). Gambar - gambar dibawah merupakan mock - up yang telah disediakan oleh saya sendiri dengan menggunakan tanah liat ( clay ) dan paper clay 


Mock -up dari tanah liat ( clay )


Mock-up dari paper clay


Ok...itu sahaja dari saya...Bye...