BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Tuesday 11 June 2013

Proses Penyediaan Model - Pencetak Sedia Tauhu

Assalamualaikum....

 Entry kali ni membincangkan tentang kaedah menyediakan model bagi projek Asas Rekacipta. Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, saya nak memperkenalkan model yang telah disediakan iaitu Pencetak Sedia Tauhu


Haaaa... ni la model yang kami telah siapkan. Tujuan model ini dicipta adalah untuk memberi gambaran sebenar pencetak sedia tauhu. Tujuan pencetak ini dicipta adalah untuk membantu pengusaha - pengusaha IKS yang membuat tauhu.

Antara bahan - bahan yang digunakan untuk menyiapkan model ini ialah :

1. PVC board
2. Dowel
3.Kertas Aluminium
4. Anchor Paint Spray ( warna kuning )

Bahan Penyambungan yang digunakan untuk mencantum projek ini ialah :

1. Double Sided Tape
2. Jarum Peniti

Langkah - Langkah Kerja :

1. PVC board diukur mengikut saiz yang dikehendaki


2. PVC board dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian frame dan bahagian tengah ( yg dijadikan sebagai pisau )

3.Untuk bahagian tengah, setiap bilah yang telah dipotong, dicantum antara satu sama lain seperti membuat tanggam bagi kerja- kerja kayu


4. Untuk bahagian frame, PVC board diwarnakan dengan anchor paint spray


5. Untuk bahagian tengah, pvc board yang berfungsi seperti pisau ini dibungkus dengan kerta aluminium.






6. Setelah siap, setiap bahagian PVC board dicantumkan antara satu sama lain. Bahagian depan dicantumkan dowel dan bahagian belakang dicantumkan bilah - bilah yang telah dibungkus dengan kertas aluminium tadi



Alhamdulillah...selesai sudah proses menyediakan Pencetak Sedia Tauhu ni. Sini saya nak kongsi poster yang telah disiapkan oleh rakan sekumpulan saya



0 comments: